serba xkena...

salam..

dunia ni sememangnya serba xkena an..wat ini salah,wat itu salah,xwat pn salah..itulah yg dikatakan lumrah dunia..so keyakinan diri itu penting utk mentafsir sesuatu kerja yg kita wat tuh..tp cmne if kita xyakin dgn diri sendiri,n how to improve the confidence in ourself?ha,tu yg musykil tu..tp pape pn,kuatkn la keimanan kita,insyaAllah kita akan sentiasa tenang menghadapi sesuatu perkara..

cuba fikir:
situasi di padang pasir,ada seorang anak,seorang bapa n seekor unta bersama beban..
i)if anak duduk atas unta(unta kebiasaannya bole diduduki utk soerang je an),n ayah tu menarik unta n anaknya,agak2 ape yg kowg rase terhadap anak tu?
ii)if ayah duduk atas unta,n si anak yg menarik ayah dan untanya itu,ap yg kowg rase terhadap ayah tersebut?
iii)if ayah n anak sama-sama menarik unta mereka,sedangkan unta digunakan sebagai pengangkat beban ketika di padang pasir yg panas terik tu,ape yg kowg rase lak dlm keadaan cmtu?

semua benda didunia ni sgt2 complicated if kita fikir2 blk,tp dgn keyakinan diri n kekuatan hati kita,kita mampu utk mengungkai segala yg complicated tu..wallahualam..

doa buat kekasih...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah …..

Seandainya telah Engkau catatkan…dia milikku,

Tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku …

Agar kemesraan itu abadi …

Ya Allah …..

Ya Tuhanku yang Maha mengasihani …

Seiringkanlah kami melayari hidup ini …

Ketepian yang sejahtera dan abadi …

Maka jodohkanlah kami …

Tetapi ya Allah …..

Seandainya Engkau takdirkan

Dia bukan miliku …

Bawalah dia jauh dari pandanganku …

Dan peliharalah aku dari kekecewaan …

Ya Allah ……

Ya Tuhanku yang Maha mengerti …

Berikanlah aku kekuatan …

Menolak bayangnya jauh ke dada langit …

Hilang bersama senja merah …

Ku sentiasa tenang …

Walaupun tanpa bersamanya …

Ya Allah yang tercinta …..

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu

Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan …

Adalah terbaik untukku …

Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui …

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini …

Ya Allah …..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemelihara aku …

Didunia dan di akhirat …

Dengarlah rintihan hamba-Mu yang daif ini …

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian …

Didunia mahupun di akhirat …

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran …

Ya Allah …..

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman …

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup

Ke jalan yang Engkau redhai …

Dan

Kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah …

Ya Allah …..

Berikanlah kami kebahagian di dunia dan di akhirat …

Dan peliharalah kami dari azab api neraka …

Amin … amin … ya rabbal alamin…..

nyahcas gelombang elektromagnet dlm diri kita...


salam..


Setiap hari kita terdedah kepada frekuensi-frekuensi hasil daripada gelombang elektromagnet yang boleh membahayakan diri kita. Pernahkah anda terkena simpton tiba-tiba sakit kepala, atau mempunyai rasa malas yang berlebihan. Ia adalah kesan sampingan gelombang elektromagnet.

Hasilnya, anda membeli panadol untuk membunuh atau mengurangkan kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda kita umat Islam telah diberi satu anugerah oleh Allah s.w.t iaitu sembahyang 5 waktu. Sembahyang 5 waktu tersebut, mempunyai 4 posisi asas iaitu berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk tahiyat. Untuk kali ini, kami akan huraikan bagaimana sembahyang ini menyahcajkan gelombang elektromagnet yang ada pada diri kita, di mana selepas itu boleh membangkitkan sifat-sifat positif pada diri seseorang.

Untuk menyahelektromagnet, sarjana barat telah membuat kajian dan analisa, bahawa cara termudah ialah melalui, meletakkan dahi ke lantai. Dalam posisi sembahyang ialah pergerakan sujud sebenarnya kaedah untuk menyahcajkan gelombang elektromagnet!


Cara terbaik untuk menyahcajkan ialah sujud menghala ke "center of the earth @ Pusat Bumi". Makkah telah dibuktikan secara saintifik sebagai Pusat Bumi, maka kita umat Islam telah dikurniakan oleh Allah s.w.t tentang cara menyahcajkan gelombang elektromagnet ini secara berkesan.

gadget-gadget peralatan yang sering kita bawa kemana sahaja adalah merupakan suatu alat gelombang elektromagnet yakni suatu propaganda yahudi untuk melemahkan tubuh badan kita justeru dalam senyap melalaikan kita semua orang Islam untuk menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah SWT..lakukanlah solat sebaik mungkin untuk menghindarkan diri kita dari terjerumus kepada kemurkaan Allah SWT..

*ini juga sebagai peringatan kepada diri saya yang masih juga belum sempurna tanggungjawab kepada Allah kerana kelalaian dan keseronokan didunia ini..yang baik itu dari Allah dan yang masih belum lengkap itu datang dari sifat kemalasan saya sendiri..wallahualam..

MashaAllah.

malu...

salam..


malu adalah sebahagian daripada iman. orang yang tidak mempunyai perasaan malu biasanya akan lebih mudah melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah. jika kita punya rasa malu, kita akan takut untuk melakukan perbuatan yang dilarang. memiliki sifat malu juga menjadikan manusia sentiasa menjaga perkataan, aurat, budi pekertinya ketika di khalayak dan turut menjaga kelima-lima pancainderanya. malu manusia bukan hanya terhadap Allah, malah kepada kedua ibubapa, pasangan, keluarga serta orang ramai, apatah lagi kepada orang yang bukan muhrim. dari perasaan malu inilah akan membuatkan seseorang manusia sentiasa menjaga dirinya daripada terlalu bebas dalam bertindak dan berkata-kata.

haaa..saya memang merupakan seorang yang pemalu sejak dari azali lagi, kerana sejak dari kecil saya sudah diajar untuk menjaga kemaluan malu didalam sifat diri saya ini..maka tidak salahlah untuk saya bersifat pemalu kerana sifat ini juga merupakan akhlak Rasulullah SAW..tetapi malu juga ada hadnya, tidak perlulah sentiasa berasa malu malah kita sebagai manusia harus yakin dengan diri kita untuk setiap perkara yang kita amalkan atau lakukan..jagalah akhlak anda semua agar kita beroleh manfaat kerana dari sifat inilah, ia menunjukkan hala tuju seseorang umat..wallahualam..


unstoppable...

salam..

semalam selepas meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha, walaupun masih penat menempuhi makanan-makanan (makan pun penat kan) yang terlalu enak dan banyak itu, kawan-kawanku mengajak untuk keluar hang out bersama-sama..decision yang telah dibuat, The Curve Damansara dan misi kami, cerita-cerita baru di panggung (means tengok wayang la,hi3)..selepas meneliti skrin movie yang ada untuk hari semalam, kami decide nak layan cerita 'Unstoppable'..


movie lakonan Denzel Washington, Chris Pine dan Rosario Dawson mengisahkan tentang...ha,korang kena la tengok,hahaha..agak best gak la cerita ni,enjoy,seakan-akan tengok berita live about what happen at their country, ok la,pergi la layan k hujung-hunjung minggu ni..aku cerita nanti korang dah xbest la pulak kan,hahaha..

so,jangan lupa layan cerita ni,yang penting xmenyesal..berbaloi,ha3..

seni cinta...

ASSALAMUALAIKUM…

Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan. Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu, dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya. Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta.

Seni Berfikir


  • Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.
  • Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.
Seni Merasa


  • Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
  • Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.
  • Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.
Seni Bertindak


  • Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkati-Nya dan sentiasa mendapat rahmat-Nya. Pohonlah kepada-Nya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.
Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.

impian..harapan..cabaran..

salam..

kita as a human kt dunia ni mesti menginginkan sesuatu an, xkira lah sumthing tu mahal or murah, if tu dah impian kita, kita mesti bertungkus-lumus nak dapatkan juga sumthing tu.. as for me, erm, macam2 aku nak, kalo nk list ni, memang beraturlah list tu.. manusia memang xlekang dengan segala permintaan dan impian untuk diri masing2.. tapi untuk mendapatkan sumthing tu, kena lah berusaha sedaya upaya (effort kena tetap n kuat) untuk dapatkan sumthing tu..

if pegangan hidup pun longgar2 je, so peluang nak dapatkan sumthing tu amat2 la tipis (effort xde, niat setakat nak main2, bek xyah).. as for myself, aku memang dapat rasa aku ni still ditahap belum serius dalam membuat keputusan (macam budak2 lagi la,bukan budak sangat la,juz belum cukup kuat je nak wat decision) coz diri aku sendiri cam xterurus lagi, ngn hal kewangan aku, emosi aku, kotak pemikiran aku etc... so cuti semester ni banyak2 la berfikir wahai cik abang ye..kamu tu dah tua, bukan budak2 lagi, if suruh kahwin, memang dah layak dah tu..ha3... kehidupan di dunia memang penuh liku n segala itu ditentukan oleh Allah SWT kepada diri kita hanya untuk menguji sejauh mana kekuatan diri kita untuk berjuang di bumi ini..-sekian-

alhamdulillah...

alhamdulillah,final paper yg ditunggu2 untuk habis telah pun aku habiskan pada arini,sungguh tenang jiwa dan raga selepas selesai semua paper,fuhhh..hope result yg bakal kuar t pun akan memuaskan la ye,n plz la jgn ada yg paper repeat,leceh ok!!!

so, cuti sem???erm...

apa nk buat?hmm =( ,if ade duit mcm2 bole buat,tp...duit pun dh kurang lg2 dh ujung sem ni ha,adoi..xkn nk duk umh je kot,xjd apa aku nnt,hi3..erm,thinking.......

keje?hmm,cuti cm xsampai sebulan pn an,so ade ke keje yg xyh sampai sebulan???
maybe ade,juz aku la yg kene cari,ha3..

papepun,njoy the holiday before new semester begin ok...happy holiday everyone!!! =)

ni yg xpuas hati ni...

Assalamualaikum..

erm,rasa yg kurang enak lak an bile dgr owg2 politik Malaysia bertelagah satu sama lain,n yg xley trima tu,owg2 politik kita majoriti owg Melayu yg beragama Islam..mmg ditekankan didlm Islam yg kte hendaklah berpolitik,tp biarlah dgn tujuan yg btol,saling bantu-membantu antara satu sama lain,dan berteraskan kpd yg haq..ni tak,sanggup dowg bertelagah hanya utk bnda2 yg kecil je,hurm,ape la nk jd..spatotnye pemimpin ni menunjukkan teladan yg baik terhadap masyarakat..sepatutnye kte ni sbg owg melayu yg beragama Islam hendaklah bersatu,lg2 di akhir zaman spt sekarang ni,owg cina n india duk tengok je telatah kita owg Islam ni,aku bukanlah nk berpolitik kt sini,tp sekadar nak mengingatkan je,benda2 cmni sepatutnya xley berlaku,n if berterusan mcm ni,nmpak sgt la perbalahan antara kita nanti..tunggu jela..so wake up MELAYU..jgn duk terhegeh2 ngn bnda2 kecik ni,bersatu la kita..watpe nk gaduh2 if benda tu hanya untuk memusnahkan sesama bangsa..

no luck for today... =(

adoi..tah pape la an ase arini..
rasa cam dh yakin dh ngn diri ni,tp bile sampai waktu nk tonjolkan keyakinan tu,semua tu cam sia-sia je..salah ke aku rasa yakin ngn diri aku ni?if x yakin,kekadang menjadi lak..hurm~~
memang la kita ni manusia,bergantung kepada takdir,tapi ntah nape ntah an tetiba je ase cm !@#$%..arghh!!
aku taw keupayaan diri aku ni sampai tahap mana,tapi..xkan la xboleh nk exceed ckit pun..
adoi,rase sgt2 kecewa arini,tp aku redha je ngn ketentuan Allah, maybe ade hikmah kt semua yg terjadi arini, so amek la iktibar n pengajaran atas segala yang berlaku ni..insyaAllah akan dibalas balik..

baru ku sedar...

assalamualaikum..

erm,sedikit luahan hati disini..
rupanya baru ku sedar, mengapa diriku ini masih 'single' walaupun terlalu menginginkan untuk status 'in a relationship'..
Allah maha mengetahui setiap sesuatu.. kita manusia hanya mampu berfikir dan merancang..
baru ku sedar, sekiranya aku diberi pasangan hidup pada waktu ini, tidak mungkin aku akan dapat menjaganya dengan penuh kasih dan sayang.. dengan keadaan diriku kini yang terumbang-ambing dengan kedudukan kewangan yang masih belum teguh, keyakinan diriku yang masih belum mencapai di tahap yang memuaskan, dan segala apa yang diperlukan untuk membuatkan sesuatu perhubungan itu bertahan lama, masih tidak aku miliki sepenuhnya.. aku redha dengan ketentuanNya..tentu ada hikmah disebalik semua yang terjadi pada diriku ini..aku terima..

kita manusia sememangnya menginginkan sesuatu yang orang lain ada kerana tidak mahu digelar 'bagai katak bawah tempurung', atau ketinggalan zaman.. mestilah nak up-to-date kan..tapi jika tak diizinkan olehNya, tidak dapat juga kan.. so peringatan kepada sesiapa yang dah memperolehi teman hidup, tidak kiralah permanent or temporary, jagalah seelok-eloknya ye.. itu hadiah yang amat bermakna untuk korang, aku yang nak ni tak dapat2 lg, maybe belum masanya, so pandai2 la korang jaga relationship korang tuh, sayangilah mereka2 ye..