nk khusyuk tak?..

Assalamualaikum..

erm,kekhusyukan ketika mendirikan solat memang agak sukar utk kita capai,lagi2 di waktu ini yg membuatkan kita sering sibuk dgn tugas2 harian kita serta masalah2 yg kita hadapi,n this thing also happened to mie..walau apa pun,kita perlulah berusaha utk mendapat solat yg khusyuk ini,besar ganjaran jika kita mendapatnya..tapi apa yg penting,solat tu jgn la tinggalkn ye..tiang agama kita tu,agama Islam,sedangkan rumah juga memerlukan tiang utk utuh berdiri,inikan pula agama kita yg perlu kita pelihara..so never miss your prayer,insyaAllah..ni ada tips that mie want to share with u'olls,n also jadi petunjuk utk mie mendapatkn kekhusyukan didalam solat..

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak meliar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apalagi masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

bersama kita mendapat solat yg diterima Allah,insyaAllah..

Islamic Banking...

Assalamualaikum..

Rasanya sudah agak lama tak update blog ni,n ni pun baru je bersihkan sawang2 yg dh menutupi sebahagian blog ni..so ni dh bersih balik,hi3..ha,tengok tajuk tu,ok x?hi3..disebabkan aku skang ni pn dh part 3 in Islamic Banking kt UiTM,so maybe dh bole la kot cerita serba-serbi pasal perbankan Islam ni..seperti apa yg kita semua taw,kita didominasi oleh perbankan konvensional sejak dulu lagi,n maybe ade yg xtaw kot ape tu Islamic Banking,hi3..actually,sama je kedua2 jenis perbankan ni,still operate kt bank,juz apa yg membezakan kedua2 jenis perbankan ni,konvensional penuh ngn ciri2 RIBA,itu lah yg paling kuat membezakan antara dua ni..so about Islamic Banking, of coz la perbankan yg bercirikan Islam,segala sistem yg terkandung kat jenis perbankan ni,semua refer to our Quran n Sunnah, n yg paling penting, mendapat keredhaan Allah..we are free from those Riba', n any other system that bring us to Haram profit/saving..sgt2 bersyukur dapat pendedahan bout banking ni..yela,mana tak nye,kita akan depends to bank for the purpose of saving,making loan and etc because thats is the suitable place to trust rite,tp kena la pandai choose which bank is better,n to choose that kind of bank,u'oll must observe by urself ye,hi3,but for sure that labelled by Islamic..pape pn,still byk lg utk dipelajari,n hope pembelajaran bout banking ni will cheer my spirit to continue my studies,hi3..yela,mana tak nye,dr engineering to business an,ingt senang ke,hi3..insyaAllah akan menyusul lg entry2 bout Islamic Banking ni..chill out..