unstoppable...

salam..

semalam selepas meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha, walaupun masih penat menempuhi makanan-makanan (makan pun penat kan) yang terlalu enak dan banyak itu, kawan-kawanku mengajak untuk keluar hang out bersama-sama..decision yang telah dibuat, The Curve Damansara dan misi kami, cerita-cerita baru di panggung (means tengok wayang la,hi3)..selepas meneliti skrin movie yang ada untuk hari semalam, kami decide nak layan cerita 'Unstoppable'..


movie lakonan Denzel Washington, Chris Pine dan Rosario Dawson mengisahkan tentang...ha,korang kena la tengok,hahaha..agak best gak la cerita ni,enjoy,seakan-akan tengok berita live about what happen at their country, ok la,pergi la layan k hujung-hunjung minggu ni..aku cerita nanti korang dah xbest la pulak kan,hahaha..

so,jangan lupa layan cerita ni,yang penting xmenyesal..berbaloi,ha3..

seni cinta...

ASSALAMUALAIKUM…

Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan. Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu, dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya. Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta.

Seni Berfikir


  • Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.
  • Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.
Seni Merasa


  • Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
  • Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.
  • Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.
Seni Bertindak


  • Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkati-Nya dan sentiasa mendapat rahmat-Nya. Pohonlah kepada-Nya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.
Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.

impian..harapan..cabaran..

salam..

kita as a human kt dunia ni mesti menginginkan sesuatu an, xkira lah sumthing tu mahal or murah, if tu dah impian kita, kita mesti bertungkus-lumus nak dapatkan juga sumthing tu.. as for me, erm, macam2 aku nak, kalo nk list ni, memang beraturlah list tu.. manusia memang xlekang dengan segala permintaan dan impian untuk diri masing2.. tapi untuk mendapatkan sumthing tu, kena lah berusaha sedaya upaya (effort kena tetap n kuat) untuk dapatkan sumthing tu..

if pegangan hidup pun longgar2 je, so peluang nak dapatkan sumthing tu amat2 la tipis (effort xde, niat setakat nak main2, bek xyah).. as for myself, aku memang dapat rasa aku ni still ditahap belum serius dalam membuat keputusan (macam budak2 lagi la,bukan budak sangat la,juz belum cukup kuat je nak wat decision) coz diri aku sendiri cam xterurus lagi, ngn hal kewangan aku, emosi aku, kotak pemikiran aku etc... so cuti semester ni banyak2 la berfikir wahai cik abang ye..kamu tu dah tua, bukan budak2 lagi, if suruh kahwin, memang dah layak dah tu..ha3... kehidupan di dunia memang penuh liku n segala itu ditentukan oleh Allah SWT kepada diri kita hanya untuk menguji sejauh mana kekuatan diri kita untuk berjuang di bumi ini..-sekian-

alhamdulillah...

alhamdulillah,final paper yg ditunggu2 untuk habis telah pun aku habiskan pada arini,sungguh tenang jiwa dan raga selepas selesai semua paper,fuhhh..hope result yg bakal kuar t pun akan memuaskan la ye,n plz la jgn ada yg paper repeat,leceh ok!!!

so, cuti sem???erm...

apa nk buat?hmm =( ,if ade duit mcm2 bole buat,tp...duit pun dh kurang lg2 dh ujung sem ni ha,adoi..xkn nk duk umh je kot,xjd apa aku nnt,hi3..erm,thinking.......

keje?hmm,cuti cm xsampai sebulan pn an,so ade ke keje yg xyh sampai sebulan???
maybe ade,juz aku la yg kene cari,ha3..

papepun,njoy the holiday before new semester begin ok...happy holiday everyone!!! =)

ni yg xpuas hati ni...

Assalamualaikum..

erm,rasa yg kurang enak lak an bile dgr owg2 politik Malaysia bertelagah satu sama lain,n yg xley trima tu,owg2 politik kita majoriti owg Melayu yg beragama Islam..mmg ditekankan didlm Islam yg kte hendaklah berpolitik,tp biarlah dgn tujuan yg btol,saling bantu-membantu antara satu sama lain,dan berteraskan kpd yg haq..ni tak,sanggup dowg bertelagah hanya utk bnda2 yg kecil je,hurm,ape la nk jd..spatotnye pemimpin ni menunjukkan teladan yg baik terhadap masyarakat..sepatutnye kte ni sbg owg melayu yg beragama Islam hendaklah bersatu,lg2 di akhir zaman spt sekarang ni,owg cina n india duk tengok je telatah kita owg Islam ni,aku bukanlah nk berpolitik kt sini,tp sekadar nak mengingatkan je,benda2 cmni sepatutnya xley berlaku,n if berterusan mcm ni,nmpak sgt la perbalahan antara kita nanti..tunggu jela..so wake up MELAYU..jgn duk terhegeh2 ngn bnda2 kecik ni,bersatu la kita..watpe nk gaduh2 if benda tu hanya untuk memusnahkan sesama bangsa..

no luck for today... =(

adoi..tah pape la an ase arini..
rasa cam dh yakin dh ngn diri ni,tp bile sampai waktu nk tonjolkan keyakinan tu,semua tu cam sia-sia je..salah ke aku rasa yakin ngn diri aku ni?if x yakin,kekadang menjadi lak..hurm~~
memang la kita ni manusia,bergantung kepada takdir,tapi ntah nape ntah an tetiba je ase cm !@#$%..arghh!!
aku taw keupayaan diri aku ni sampai tahap mana,tapi..xkan la xboleh nk exceed ckit pun..
adoi,rase sgt2 kecewa arini,tp aku redha je ngn ketentuan Allah, maybe ade hikmah kt semua yg terjadi arini, so amek la iktibar n pengajaran atas segala yang berlaku ni..insyaAllah akan dibalas balik..

baru ku sedar...

assalamualaikum..

erm,sedikit luahan hati disini..
rupanya baru ku sedar, mengapa diriku ini masih 'single' walaupun terlalu menginginkan untuk status 'in a relationship'..
Allah maha mengetahui setiap sesuatu.. kita manusia hanya mampu berfikir dan merancang..
baru ku sedar, sekiranya aku diberi pasangan hidup pada waktu ini, tidak mungkin aku akan dapat menjaganya dengan penuh kasih dan sayang.. dengan keadaan diriku kini yang terumbang-ambing dengan kedudukan kewangan yang masih belum teguh, keyakinan diriku yang masih belum mencapai di tahap yang memuaskan, dan segala apa yang diperlukan untuk membuatkan sesuatu perhubungan itu bertahan lama, masih tidak aku miliki sepenuhnya.. aku redha dengan ketentuanNya..tentu ada hikmah disebalik semua yang terjadi pada diriku ini..aku terima..

kita manusia sememangnya menginginkan sesuatu yang orang lain ada kerana tidak mahu digelar 'bagai katak bawah tempurung', atau ketinggalan zaman.. mestilah nak up-to-date kan..tapi jika tak diizinkan olehNya, tidak dapat juga kan.. so peringatan kepada sesiapa yang dah memperolehi teman hidup, tidak kiralah permanent or temporary, jagalah seelok-eloknya ye.. itu hadiah yang amat bermakna untuk korang, aku yang nak ni tak dapat2 lg, maybe belum masanya, so pandai2 la korang jaga relationship korang tuh, sayangilah mereka2 ye..